Sejarah Sekolah

Pn. Roslailawati Bt Mohamad
Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) ditubuhkan oleh Pn. Roslailawati bt Mohamad (Rujuk Lampiran) pada 20 April 2000 bersamaan 15 Muharram 1421 H bertempat di No. 23, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Bermula dengan seramai 60 orang, ATAH kemudian semakin berkembang dan berpindah ke No. 2, Jalan Gurney 2, 54000 Kuala Lumpur (Pra Sekolah) dan No.19 Jalan Gurney 3, 54000 Kuala Lumpur (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah). Di awal penubuhannya, ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH pada permulaannya, menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam dan pendidikan secara formal seperti sekolah-sekolah biasa. Hasilnya, terbitlah nama Sekolah Bersepadu ATAH sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja. Berpusat di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur, pelbagai cubaan dan dugaan dunia perlu dihadapi oleh anak-anak ini. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam mendidik hati anak-anak ini untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini (Rujuk Lampiran Untuk Gambar Aktiviti). Aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kem motivasi, ceramah agama bersama maulana dan bermacam-macam aktiviti lain dilaksanakan demi memastikan anak-anak ini dibekalkan dengan ilmu dan akhlak mulia. Sepanjang 14 tahun ditubuhkan, ATAH telah berjaya melahirkan anak-anak yang hafiz dan hafizah dengan pencapaian akademik yang cemerlang dilengkapi dengan akhlak yang mulia.(Rujuk Lampiran Untuk Pelajar Cemerlang). ATAH juga merupakan tempat perlindungan dan pendidikan bagi 40 orang pelajar yang kurang bernasib baik terdiri daripada anak-anak yatim, anak orang fakir miskin, anak ibu tunggal, anak-anak muallaf, anak-anak istimewa dan pelbagai latar belakang yang kurang bernasib baik.

No comments:

Post a Comment